Ahad, 6 Mei 2012

apa itu REKA BENTUK GRAFIK?

      Grafik adalah satu proses yang berterusan dan ia berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk(designer). Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.
      Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Diantara langkah-langkah yang dicadangkan oleh beliau :

i) restate the problem in your words
ii) do any reserch that needs to be done
iii) think with your pencil or mouse in your hand
iv) choose your three best thumbnail sketches and turn them into roughs
v) choose your best rough and turn it into a comp

Menurut Resnick (2003) beliau berpendapat bahawa dalam setiap tugasan yang hendak dihasilkan mereka perlu melalui beberapa proses yang utama iaitu :

i) define the problem and establish the objective
ii) do the research
iii) develop the ideas by brainstorming
iv) analyze ideas in terms of the project objections
v) implement the final

FORMAT GRAFIK

TIFF,EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP etc.

dpi - dots per inch
Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau kerts cetakan dan dots juga dikenali sebagai pixels. Resolution skrin atas komputer ialah 72 dpi, LaserWriter 300 dpi dan mesin photo imagesetter melebihi 2540 dpi.

Proof Copy
Adalah pentig setiap kali tugasan yang direka bentuk terlebih dahulu disemak dan dicetak dalam jumlah yang banyak.


EPSF - Encapsulated PostScript File
File ini merupakan imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya membenarkan data PostScript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka dalam Macintosh atau MS-DOS.


JPEG - Joint Photogaphic Experts Group
Piawaian ke atas imej yang telah dipermudahkan iaitu file tersebut menjadi ringan dan mudah.


RIP - Raster Image Processor
Satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau grafik kepada dots. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots sebelum menjadi file RIP.


TIFF - Tagged Image File Format
Format file dibangunkan oleh Aldus, Adobe, dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan file bitmap yang besar

 " all design are not art. art is designed. many forms become art because of their design. a refrigerator is a design. a refrigerator is not consider art "
                                                                              Shirt Brainard



                                                                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan