Sabtu, 2 Jun 2012

LOGO

Logo ialah lambang atau tanda identiti berbentuk 2 dimensi atau 3 dimensi, warna atau monokrom, geometri atau organik, tipografi, abstrak bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhidmatan. Logo terbahagi kepada 4 jenis iaitu:



1)Logo Huruf (Typographic marks)
Logo huruf atau tipografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trademark berbentuk imej logo. Logo huruf berbentuk perkataan atau huruf ringkas.








2)Logo Simbol ( Symbolic logo)
Logo simbolik memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi. Terutamanya dalam penambahan unsur-unsur figura.



3)Logo Representasi ( Descriptive marks)
Logo reprentasi atau dikenali sebagai scriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkaitsecara lansung di antara syarikat perniagaan dan produk.



4)Logo Ambigram
An ambigram is a typographical design or artform that many be read as one or more words not only in its form as presented, but also from another words.


Langkah-langkah menghasilkan logo

1)Menentukan tema atau tajuk sebelum memilih fon, warna, imej atau grafik.

 2) Mengumpul dan menghasilkan sebanyak idea yang boleh daripada rujukan buku, internet, majalah dan  sketsa.

3)Unsur warna perlu ditentukan bertujuan bagi menghasilkan kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atau pertubuhan.

4)Membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik.

5)Memberi maksud rasional, definisi atau pengertian pada setiap bahagian logo.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan